Sunday, January 2, 2011

Boneka 14 Negeri Dan 3 Kaum

1 Malaysia

"Pakaian yang di jahit oleh saya sendiri untuk boneka-boneka koleksi saya.."

Cina, Melayu dan India

Sesuai dengan ststus dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Malaysia menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Negeri Terengganu

Lelaki memakai 5 persalianan lengkap berkain songket berbenang emas sedondon bertanjak 'Belalai Gajah' . Wanita berbaju Kebaya Labuh bersongket sedondon dan berselendang dihiasi dengan kerongsang di hadapan.

Negeri Selangor

Bertemakan masyarakat Bugis, lelaki memakai sikap baldu merah dan dilengkapi samping dan tengkolok 'Lang Patah Sayap. Wanita memakai baju Bodo dari daerah Bugis diperbuat dari kain kasa nipis dan dipadankan dengan kain sarung tenun berikat 'Ombak Mengalun' di belakang dan memakai hiasan seperti gelang tangan panjang, hiasan kepala 'Bando', rantai pecah 9 dan tali pinggang di dalam.


Negeri Sarawak

Lelaki Orang Ulu mengayakan cawat dan perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita orang Ulu mengayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan kepala lavung indu.


Negeri Sabah

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan kepala 'Siga'. Wanita memakai baju pendek 'Sinuangga', berkain labuh dan berselempang batik kiri dan kanan dilengkapi tali pinggang himpogot.


Negeri Pulau Pinang

Lelaki berpakaian peranakan Pulau Pinang berbaju kot yang dipadankan dengan kain sarung pelikat serta tarbus. Wanita berbaju Kebaya Sulam dipadankan dengan kain srung batik.


Negeri Perlis

Lelaki berbaju cekak musang lengkap 5 persalinan dengan tanjak 'Putera Kayangan'. Wanita berbaju Kebaya Lebuh sedondon berbenang perak dihiasi dengan kerongsang dihadapan.


Negeri Perak

Lelaki berbaju Sikap baldu dipadankan dengan samping songket dan kepala berhias ;Justar Sering'. Wanitaberbaju puteri Perak digayakan dengan selendang dan berhias gendik.


Negeri Pahang

Lelaki berbaju cekak musang lengkap bersamping dan bertanjak 'Cogan Daun Kopi'. Wanita berbaju Riau Pahang berkain sutera tenun dan dipadankan dengan 7 butir butang dibahagian hadapan.


Negeri Sembilan

Lelaki memakai pakaian lengkap adat pembesar Minangkabau Sikap baldu biru dan bertanjak 'Dendam Tak Sudah'. Wanita memakai baju kurung songket berbenang emas, berlapik dada dan hiasan kepala 'Tanduk Balapak'


Negeri Melaka

Lelaki memakai jubah labuh dari kain broked, sibai bertekad dan berhias kepala Tajuk Mahkota. Wanita berbaju kurung broked dan berkian songket, berlapik dada serta memakai hiasan kepala sanggul lintang dan pemanis dahi.


Negeri Johor

Lelaki mengayakan Baju Melayu Teluk Belanga fabrik hijau, bersamping kain tenun dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkain dagang luar, berhias tetampan sedondon dan berdokoh.


Negeri Kelantan

Lelaki memakai Baju Sikap/Baju Putera Raja dari kain baldu bertekad benang emas. Kain samping di ikat lepas dan memakai tengkolok ikatan ketam Budu. Wanitanya memakai pakaian kebesaran Cik Siti Wan kembang berkemban jantan, kain sarung ropol di depan dan memakai selendang panjang songket jong sarat sebagai penutup bahu dan dada. memakai hiasan diri seperti gendik, dokoh, tali pinggang dan pending.


Negeri Kedah

Lelaki berbaju melayu cekak musang polos, bersamping songket dan berbaju Sikap Kedah balbu berserta tengkolok Laksamana Kedah. Wanita berbaju Kurung Kedah fabrik songket sedondon berwarna maroon diserikan dengan selendang songket bunga penuh.


Negeri Wilayah Persekutuan

Sesuai dengan ststus dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Wilayah menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia.
Lelaki memakai baju cekak musang yang dipadankan dengan samping lepas dan tengkolok yang telah di ubah suai bentuknya. Wanita berbaju kebaya dengan potongan moden.

8 comments:

  1. salam...berminat dgn yg melaka punya costume tu...ada buka untuk tempahan? boleh buat cenderahati utk vip lah....klu ada, contact riqq plz...0129710785....
    http://sayangmelaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam..sy student art dn buat kjian psl pkaian tradisional perak...blh sy tahu pakaian tradisional perak tu didapati dari sumber yang mana?setahu saya justar sering berasal dari johor....sy perlukn sumbernya...harap awk dpt membantu....

    ReplyDelete
  3. Salam. . Adakah buka utk tempahan? Berminat untuk koleksi di pusat sumber sekolah. Blh washap 0146699274

    ReplyDelete
  4. Bagaimana. Jika saya berminat utk dptkan koleksi begini? Sila hubungi saya 0175135073. Tq

    ReplyDelete
  5. Saya berminat utk dptkan koleksi begini. Boleh wasap saya di 0175135073. Tq

    ReplyDelete